Bagi mereka yang tidak dapat melupakan bekas kekasih kerana 'terlampau sayangkan' mereka. Apa kata anda cuba beberapa perkara yang GR cadangkan di bawah:
Berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melupakan. Berdoalah kepada Allah setiap hari supaya kita dapat melupakan mereka. Jangan mengharapkan hasil segera dan berdoa selalu.
Ingat kembali orang-orang yang telah anda lupakan. Adakalanya bagi orang yang terlampau obses dalam bercinta, mereka tidak lagi mengendahkan orang-orang di sekeliling mereka. Jadi, berbaliklah kepada orang-orang yang anda sudah lupakan dan binalah kembali hubungan dengan mereka. Adakalanya, mereka ini adalah orang yang akan membahagiakan anda.
Kembalilah mencari matlamat hidup anda. Ini sesuai dengan orang yang bercinta di alam pengajian. Cuba anda fikirkan kembali misi anda dalam kehidupan. Semua orang ada impian masing-masing. Fikirkan tujuan anda meneruskan pengajian. Ingat kembali cita-cita anda. Tidak kiralah samada anda mahu jadi seorang jurutera, cikgu, pensyarah dan sebagainya. Cubalah untuk buat yang terbaik bagi mencapai misi anda.
Luangkan masa dengan keluarga. Keluarga merupakan tiang utama di sebalik kehidupan kita. Mereka ini orang yang menyokong kita setiap masa tanpa berbelah bahagi. Ibu bapa merupakan orang kuat di belakang kita. Apa kata anda luangkan masa bersama keluarga anda. Cuba bina kembali matlamat hidup anda untuk membahagiakan mereka ini.
Rasanya itu sahaja yang mampu untuk GR cadangkan. Jika ada lagi tips-tips yang anda rasa berguna, silalah kongsi kepada GR.
Ingat, jodoh kita telah pun ditetapkan. Walaupun jodoh itu harus dicari, tapi bukan bermakna kehidupan kita ditetapkan pada mencari jodoh sahaja. Banyak lagi perkara yang harus kita lakukan dalam dunia ini sebagai hambaNYA yang diberi nikmat pinjaman nyawa yang sementara.
Semoga entri ini dapat direnungkan bersama.
(copy dari blog owg)
No comments:
Post a Comment