Thursday, December 30, 2010

31/12/2010-cuti umum (bersejarah kot..hahaha)

hahahhahahha....esk cuti la....best nya....

cuti sempena kemenangan AFF Suzuki....

tq la Harimau Malaya...n tq gak pd PM kita coz bg cuti...


HARIMAU MALAYA-Pasukan Pemain Bola Sepak negara bawah 23 tahun

2011 bakal meninggalkan kita...

Em korang tau x lg bpe ari 2010 akn meninggalkan kita???cme lg shari je lg dh pergi dh..
huhuhu..mcm2 yg blaku pada kita semua sepanjang tahun 2010 ni..mang byk la kngan pahit dan mnis yg telah blaku...

pape pn stiap owg mst ada azam msg2 yg ingin dicapai sempena tahu baru ni...
sy pn ada azam baru gak..
       ~ x mau pk bcinta je..
      ~ nk blajr rajin2
       ~ jg ati mak ayh
       ~ bhagiakan dri sndiri sblm bhagiakan owg len..

Harimau Malaya 4-2!!!!skenya

alhamdulilah akhirnya Malaysia menjuarai juga Piala AFF......
ak bangga giler ngan pemain Malaysia especially kepda penjaga gol negara kita....
tnpa pnjaga gol yg kuat pn Malaysia x leh gak bertahan..



KHAIRUL FAHMI

Bantuan daripada pemain lain juga membantu Fahmi..semangat yang ada pada pemain Malaysia meyakinkan rakyat Malaysia yg kita mampu menang di indonesia walaupn kita disana hnya mampu mendapat 2-1.


TAHNIAH KEPADA MALAYSIA!!!!

Monday, December 27, 2010

26/12/2010

2010 bakal meninggalkan kita smua termasuklah ak...bg ak tahun ni melrupakan tahun yg byk menguji kehidupan ak sbg seowg yg mkin dewasa...semalam merupakan pengalaman yg x kn pernah ak lpekan seumr hdp ak coz kete ayh ak rosak kt tepi jalan..perh beraSAp la enjin kete ayh...ak sian tgk ngan mak n ayh..mcm2 belaku ngan family ak...ak gse sdh sgt hdp ak..tp ak tau ini mrupakan ujian utk kita owg sekeluarga...

dalam ak ngah keadaan yg tegang msh ada juga yg ingin cuba membantu ak wlaupun die jauh kt mata ak...seowg lelaki yg ak yg baru ak kenali..die mang take cre sgt ngan family ak..cbe utk tlg ak dengan telefon abg die kt kajang..thanks awk walau pn awk x dpt tlg tp ngan semangat yg awk bg insyallah sy kuat smlm..

dugaan hidup ak bertimpa2...npe ya Allah??adakah ini utk menguji keimanan ak padaMu??
ya Allah bg ak kekuatan utk ak tempuhi smua ni....dengan lapang dan redha...ak hnya hamba yg hina perlukan semangat utk hadapi smua ini...

owg yg ak syg dlu telah tinggalkan ak...mengadu pada die pn x gne la...ak gse bodoh sgt la knl laki mcm die 2...ko ada awek len pn ak x ksh la..ak x kn ngs sbb laki cm ko lg..moga ko rs apa yg ak gse t...


I HATE U SO MUCH...TQ

Friday, December 24, 2010

emmmmm...npe ngan hidup ak ni????

emmmm...npe la ngan hidup ak skrg ni??sejak ak ngan 'DIE' ak gse ak mcm ssh la nk serius ngan ne2 laki lg la..ak pn x tau la sdgkan ak dh byk kali cple la..ble kwn2 ak ajk wt relationship ak go on je la coz ak mang x mau tangkap feeling g la ngan ne2 laki lg la..npe ak gse mcm owg x nk hargai ak lg dlm hdp die owg..IWAN pn cm 2 gak..die nk blik ngan ak tp ak x cye die akn serius ngan ak coz die dh pnh curang ngan ak la..
ak ngan die pn pnh jnji x kn tglkn spe2 pn tp die mang penuhi jnji die coz die sntiasa ada ngan ak wlaupn kita owg mang dh xde pape...

ak cme harapkan yg die akn mnjd kwn bek ak utk selamanya..coz die mang take care psl ak..ble dgr ak skt je die mang gelabah n sggp bli kn ak ubat..bg ak die dh mnjd sejarah hidup ak...
die bek tp die 2 player yg mampu men persaan ne2 pmpuan coz die 2 'HOT PERSON'..well dh nma pn hensem la..untung la gak  ak cple ngan die coz smua owg tau yg ak awek die..1 tampin tau 2...mang gempak la gak..tp ble die wt sesuatu kt blakng ak mst la ada owg g tau..mang pns la gak telinga ni tp ak ni x kn pcaye la kalo bnda 2 x de bkti dpn ak la...

Thanks la ko pnh jd sejarah hdp ak....

Anak kambing berwajah anjing

MOHD NASIR  menunjukkan anak kambing  berwajah pelik dan menyerupai anjing 'bulldog'  di Kampung Serkam, Melaka.
MOHD NASIR menunjukkan anak kambing berwajah pelik dan menyerupai anjing 'bulldog' di Kampung Serkam, Melaka.

Kaki pula menyerupai khinzir

JASIN: Seorang penternak kambing di Kampung Serkam, Serkam, dekat sini, terkejut mendapati seekor daripada empat kambing betina peliharaannya melahirkan seekor anak berwajah pelik mirip anjing serta bersaiz luar biasa 

Mohd Nasir Hashim, 49, berkata, kambing betina digelar Mak Itam itu melahirkan anaknya dianggarkan seberat enam kilogram bersama seekor lagi, antara jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua anak kambing terbabit mati sejurus dilahirkan.
Ketika ditemui, Mohd Nasir berkata, pada kira-kira jam 10.45 pagi, beliau meminta anaknya, Mohd Shahir dan Aizuddin ke kandang kambing untuk melihat keadaan Mak Itam yang dijangka beranak, semalam. 

Katanya, apabila tiba di kandang itu, Mohd Shahir mendapati kambing berkenaan kesakitan dan sukar untuk melahirkan anak. 

Saya bersama Mohd Shahir dan Aizuddin mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan anak kambing berkenaan yang dipercayai tersekat kerana saiz badannya yang besar. 

Selepas berjaya dikeluarkan, saya terkejut melihat wajah dan saiznya tidak seperti kambing lain, manakala kakinya menyerupai kaki khinzir. Sejam selepas itu, seekor lagi anak kambing yang normal dilahirkan tetapi kedua-duanya mati tidak lama kemudian, katanya. 
Mohd Nasir berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak beliau mula menjalankan ternakan kambing dan lembu di belakang rumahnya. 

Ini kejadian pelik dan saya bersyukur diberi peluang melihat keadaan yang membuktikan kebesaran Allah ini, katanya

Thursday, December 23, 2010

tips untuk survive dalam percintaan jarak jauh

  1. Percaya pada pasangan
  2. Setia walaupun jauh
  3. Berjumpalah walaupun seketika
  4. Tanyalah khabar
  5. Sambut hari ulang tahun bersama
  6. Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

tips untuk melupakan si dia

  • Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

  • Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

  • Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

  • Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

  • Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

  • Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

  • Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

RAHSIA BULAN KELAHIRAN AK-MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

mengapa la laki ni curang????hurmmmm

Em ni pn ak amik dr laman web...tp ak gse mcm x kna je la sbb die..kelakar pn ada la jugak..

  1. KETIAK BAU TENGIK
    OK KALAU KETIAK KERAK KERAK ATAU MEREKAH BANYAK STRETCHMARK MACAM KETIAK SYAKIRIN TAKPE BOLEH DITERIMA LAGI. TETAPI KALAU BAU MACAM BAWANG PUTEH AKU TAK SANGGOPPPPPP WEHH NANTI TENGAH ROMANTIK ROMANTIK ABANG SAYANG TIMAH, TIMAH SAYANG ABANG TAK? NANTI TERUSSSS JADI TAK SAYANG BILE TERCIOM BAU TIYAK. MAKA GADIS GADIS, JANGAN MALU UNTUK TANYA KAT ROOMMATE KORANG, “WEH KETIAK AKU BUSUK TAK?” SEBAB KADANG KADANG KITA TAK PERASAN TIYAK KITA BERBAU. AKU TAK PAYAH TANYA ROOMMATE, SEBAB ATIQA SAPUAN MEMANG TERUS “YANG KETIAK AWAK BUSUK LA” ZASSSSSSSSS PEDAS GITU. OK TIPU JE KETIAK AKU MANE PENAH BUSUK. BAU LADY SPEEDSTICK PERISA ORCHARD BLOSSOM OK.(ish ak gse mcm x kna je la..ak gse ketiak laki lg bsuk la..dr joh pn naik pning la ak..)

  2. TAK RETI POTONG KUKU KAKI
    AKU GELII TAU TAK GELI TENGOK KUKU KAKI YANG PANJANG PASTU ADA ITAM ITAM KAT CELAH KUKU TU. KALAU KUKU KAKI PUN MALAS NAK MAINTAIN APETAH LAGI BODY PARTS YANG LAIN? NTAH NTAH DAKI KAT PUSAT BEKERAK KERAK? RAMBUT KERUPING KERUPING BEKELEMUMUR TEBAL 2 INCI? BULU BULU SECRET GARDEN DAH JADI HUTAN AMAZON? HAAA YANG ITU YANG KITE TAK MAU TU YE PUAN PUAN SEKALIAN. ABANG TAK SELERA NAK JAMAH.(adush hai psl x reti ptg kuku pn x kna la..dh manh kuku x cntik nk wt cm ne..kalo laki 2 kuku pjg lg lak ak jijik tgk..)

  3. SURUH AKU PEGANG HANDBAG
    APE KAU INGAT BEG KAU TU 9 KILO KE NAK MINTAK TOLONG AKU ANGKAT? ABANG TAK MACHO LA ANGKAT BAG YOU SAYANG. BAGI LA ABANG BAWAK BERAS 5 KAMPIT KE APE TAPI TOLONGG LA JANGAN KASI ABANG BAWAK HANDBAG. ABANG TAK FAHAMMM TANG MANAAA SWEET NYE BILA BOFREN BAWAK HANDBAG? TAPI KALAU BAPAK BAWAK DIAPER BAG KE BACKPACK PASTU ADA BOTOL SUSU BUDAK KAT KOCEK TEPI KE MEMANGGG AKU MEREMBES TENGOK(OK NI SEBAGAI WANITA BECAKAP). MACHO SEH SEORANG BAPAK YANG JAGA ANAK BAWAK PI JEJALAN KAT SHOPPING MALLS. ABANG NAK JADI BAPAK MACAM TU LA YANG.(no komen coz ak pn sruh pakwe ak pgg gak..die mang x ksh la)

  4. TAK MANJA
    NI POINT PENTING. TAK MANJA TAK SYOK AH. TAPI KALAU GEDIK + ATTENTION SEEKER OVER SANGAT + MERAJUK TAK TENTU PASAL TU BUKAN MANJA KAY? TAK KUASA ABANG NAK LAYAN UOLS. ABANG SUKA KALAU AWEK ABANG MANJA MANJA, SUARA LEMBUT, URUT BAHU ABANG KALAU ABANG PENAT DRIVE KERETA, BUATKAN AIR UNTUK ABANG BILA ABANG BALIK KERJA CHEHHH KELUAR TAJUK PLAK. OK PENDEK KATA AKU SUKA ORANG MANJA TAPI JANGAN MANJA NGADE NGADE TU YE SAMPAI NAK LINTAS JALAN PUN CALL ABANG SUH PIMPIN TANGAN.(eh hye..ak ni manja mang thp abis la..pakwe ak pn cair la..hahahah)

  5. SEPAK KUCING AKU
    NI PANTANGGGGGGGGGG NENEK MOYANGG AKUUUUU. TERUSSSSSSSSSSSSS ABANG CERAI TALAK 5!(huhu...ak yg tkt ada la..pakwe ak relax je ciap belai..)

23/12/2010

hari ni ak p kedai cermin mta.....ak ngan selamba jln je la n ak lpe yg hp ak ada kt mto...
mang selamba gler la..kalo ilang la hp ak 2 mst kna mrh abis ngan mak n ayh...die owg tau ak ni leka skt kalo bak p jln..smuanya nk ilang je la....ak p la check mta,,,then kptsannya mta ak dh mkin rbun la..adussshhhh...
teruk lak mta ak ni...
ak ni dh la x ske pkai cermin mta...tp nk wt cm ne kna la pkai gak..eemmmm nk bli br ke or still pkai yg lama je....tp ak gse bek bli br je..blh ak wt koleksi cermin mta ak kt umah je..hahah..kwn2 ak leh la bli...ngok tul la..
em ak nk bli yg new trend la..

lbh bek ak bli pkai duit ak je kn???so ske ati ak je la nk plih mrh atau mhl pn..so x yah la sshkn mak n ayh ak..
kehkehkeh,,pndai btl la ak ni..so smua nya kt tgn ak tp kna gak tnya mak n ayh ak..

TP DUIT AYH AK DUIT AK GAK KN???
ALA AYT JE LA AYH KN???

sebab lelaki gemar memandang wanita???npe eh???a

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.



Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki,
perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah,
jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,
"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

emmmm....renung2kan dan selamat beramal!!!!!

kawanku~~~

ak ada la sorang kwn ni...ak knl die ms sem 1 la..
ak knl pn dr kwn die gak la..ms 2 mang ak x mnt nk knl ngan spe2 pn ala bese la br msk la kn...
1 ari die minx no tpn kt ak so ak bg la coz stakat kwn mang ak x ksh la..
then,,kita owg kwn la...dlu mang x rpt tp skrg dh mcm kwn bek lak...yg pling kelakar 1 ari die minx cple ngan ak...mcm x cye je la...ak ni pn cme hnya tergelak je la coz ak mang pk cme die hnya nk kwn ngan ak la...tp ak menolak la coz ak x nk la ble dh cple t bsn lak,,,lg pn t kalo dh clash kang mang x leh nk kwn mcm skrg la..

so kte owg skrg mang cme mnjd kwn bek la..tp stiap kali ak nk p kemana pn die nk ikt....
ak sgn gak la coz die asyik nk ikt ak p ne pn ...t pe lak kwn2 ak ckp..em tp ble die slalu ikt ak n kwn ak ckp mcm2 ak gse dh lali la ngan pe yg die owg slalu ckp 2...x ksh la aslkn ak ngan die mang kwn bek la..
ak ngan die dh jnji yg x kn penah ada pape perasaan selain kwn...ak x mau merosakkan hbungan persahabatm kita owg...bak kata ak la (hahaha)lebih bek berkwn drpd bercinta..kalo bcnta t dh pts bermsm mke gak..

ak pn x nk la bg tau spe owg 2 tp ble die bc ni mgkin die sndiri dp gse la...huhuh...
ak cme doakan yg die cpt2 la dpt jdh...coz sian la ak tgk die 2..asyik ingat kt someone je la...
nsb bek la die ada kwn cm ak......(hahahahahahahha poyo n perasan je la ak ni...)

Wednesday, December 22, 2010

10 Jenis Lelaki Yang Patut Saya Tinggalkan

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.
5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

TANDA-TANDA KIAMAT

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
23. keluarnya dajja


kepada muu....the person that i love....

syg.....kau kna tau yg ak amat menyayangi mu smpai bila-bila pn..
walau pn kau cbe utk meghindari ak,,ak cbe utk bsbr ngan pe yg blaku ni...
ak tau stiap yg blaku ni pasti ada hikmah disebaliknya...ak kuat utk hadapi smua ni walaupn kdg-kdg 
ak kecundang juga..tp utk pgetahuan kau ak x kn pnh utk bhnti myintai kau...
stiap apa yg ak katakn adalah bnr...bkn mdh utk ak mnerima cinta & memberi cinta kepada owg len selepas kau...ia mengambil ms utk ak lpekan ko...wlaupn dh sbln kita berpisah ak sntisa ingat kenagan terindah kita bersama dahulu..ak tau ko pasti cbe utk melupakan ak....x pe ak x ksh la kalo kau nk lpekn ak...kalo ko gse mlupakan ak adalah cara terbek,,ak trima...yg pntg ak x kn pnh utk bhnti myintai kau EHSAN.....
I LOVE U FOREVER....andai kita x de jdh,,ak doakan ko dpt yg lbh bek dr ak...
mgkin ak x mampu utk beri kebahagiaan kepada kau....

Tuesday, December 21, 2010

lelaki yang EGO

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.