Sunday, May 20, 2012

Usah mencari jodoh yang sempurna

Aku tidak meminta untuk dapat jodoh yang sempurna,yang cuma aku perlukan adalah jodoh yang dapat membimbing aku ke jalan Allah,dapat menjaga aku,menghormati aku dan menyayangi aku seikhlas hatinya.Kepada seseorang yang bakal menjadi Pendamping aku,hargai aku seadanya.Aku bukan yang sempurna.

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

Saturday, May 19, 2012

Walaupun belajar kita still boleh kahwin.

Cuba korang baca cerita kat bawah ni :-

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

Friday, May 18, 2012

Mereka Yang Aku Sayang.....

Aku cuma nak bagi tau yang aku sangat menyayangi mereka semua ni.....

1. Family aku yang tersayang dan sentiasa bagi aku semangat untuk berjaya








2. Kawan-kawan yang aku sayang dan aku akan kenang sampai bila-bila






















Kepala Yatt Hamzah melekat di sejadah

Assalammualaikum,,,,,entry saya kali ini ingin berkongsi mengenai Yatt Hamzah yang kepala beliau melekat selama sentengah ketika menunaikan solat taubat...Bila saya dengar kisah beliau itu saya rasa takut dan seram sejuk la....pape pun korang baca artikel yang saya kongsi di bawah ni okeh .

Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Dan ini gambar beliau setelah bertudung:
     

      

Semoga kisah beliau ini dijadikan iktibar untuk kaum Hawa :)

Sepatutnya ini yang berlaku....



boy : awk.. maafkan saya..
girl : ye.. kenapa awk minta maaf ?
boy: sbb saya dah tinggalkan awk . saya dah sakitkan hati awk . saya korbankan cinta awk demi cinta org yg lukakan hati saya dulu . maafkan saya . please !
girl : :)
boy : kenapa awk senyum . kenapa diam je . awk maafkan saya ?
girl : yeee . saya maafkan awk .
boy: betul ?
girl : betul . dh lama dh saya maafkan awk . tapi ..
boy : tapi ape ?
girl : tapi . tidak mungkin saya menerima awk lagi . sebab semalam awk tinggalkan saya tanpa kasihan . tanpa mempedulikan saya . tanpa menghargai hati saya . demi org yg awk cintai . dulu . saya pernah ubati luka awk . saya rawat awk . saya beri cinta dan kasih syg saya untuk awk . sampailah awk sembuh . lepas tu . awk dah kembali ceria . tapi "virus" itu dtg lagi . awk buang ubat awk . awk rela diserang virus tu lagi . sekarang . awk sakit lagi . dan hari ni awk mula memerlukan ubat itu .
awk ingt tak . awk dh buang ubat tu . dan tak mungkin awk akan mjumpai ubat yg same . carilah ubat lain . kerana tak mustahil jika awk sembuh lagi dengan ubat yg same . awk akan buang lagi ubat tu :')
boy: awk !!
girl : itulah namanya . 


TAKDIR CINTA ♥ Assalamualaikum