Tuesday, September 20, 2011

Sebab Kenapa Perempuan Yg Memakai Tudung Lebih Cantik

Kenapa perempuan pakai tudung??? Memakai tudung ada lah wajib untuk setiap umat Islam (perempuan) yang telah baligh,,,pemakaian juga ada caranya.,,korang baca la sndiri...aku malas nk celoteh banyak...selamat beramal :-)

hehhehe...sebagai selingan je....ngeeee

1. sebab dier nak tutup aurat..
2. sebab dier jage maruah..diri. .dan keluarga…
3. sebab.. sebab dier cantik..
4. sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecuali pada yang berhak..
5. sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri…
6. sebab dier anak solehah…
7. sebab dier dengar ckp mak bapak dier..
8. sebab dier hormati orang lain..
9. sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik..
10. sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..
11. sebab tak nak menyusahkan orang lain..
12. sebab dapat pahala..
13. sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..
14. sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain..
15. sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker dier..
16. sebab mendengar suruhan nabi…
17. sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. jadi die tak nak sewenang2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika die menunjuk maknanya die dah tak bernilai kerana mahkota die telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga)
18. sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..
19. sebab patuh pada suami..
20. sebab plg penting..die orang islam…
21. sebab dalam Al-Quran suruh die pakai tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd Al- Quran.. nak berpegang pd ape lg..??
22. pasal korang mmg cantik laa kalau pakai tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg pakai tudung…aku tahu sebab aku lelaki..
23. pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung diorang akan “syok sendiri” yang diorang tu lawa…rugi laa kalau camtu…pakailaa tudung wahai muslimah Islam..serius ni…
24. pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2….mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yg baik….


7 sebab kenapa cinta itu buta

Entry aku kali pasal cinta buta....Bg remaja skrg kdg2 kita gse cinta 2 buta tp kadang kita x dpt lihat pe yg yg membuat kita buta pada cinta...sedangkan kita telah melukan ramai owg especially ibu bapa kita n kwn2 kita...
korang baca la entry ni then korang akn tau la npe cinta itu buta :-



1. dah tak nampak orang lain selain dia…
mungkin kalian pon pernah rasa benda ni.. kita dah tak nampak orang lain selain dia.. bagi kita dialah yang terbaiknya walaupun berlambak lagi orang yang jauh lebih baik dari si dia.. walaupun ada orang yang jauh lebih baik dari dia nak kan kita, tapi kita tetap setia kat dia… bagi sapa2 yang tak pernah alami, tengok cerita korea pon dah cukup… hero no 1 tu tak ada lah baik mana..hero no 2 jauh lebih baik dan sentiasa di sisi tak kira apa jua keadaan.. tapi, si heroin tetap nak hero pertama..


2. dah tak nampak apa itu sakit….
bumi mana yang tak ditimpa hujan.. begitu jugalah cinta..cinta mana yang tak berlinang air mata… tapi, itulah, bila dah bercinta, sakit macam mana sekalipon dah tak nampak…diteruskan uga pendertaan itu walaupun terasa sakitnya…


3. dah tak nampak yang mana haram dan yang mana halal….
adat kapel, mesti pegang tangan…advance sikit, peluk..advance lagi….ha, taw2 sendirilah.. kadang2 cinta juga membuatkan si pencinta buta akan haram dan halalnya..ibarat dunia ini tiada pengakhirnya…ibarat tindakan yang tiada balasannya..


4. dah tak nampak jasa mak ayah…
ada yang bercinta, sanggup derhaka kepada ibu bapa… ada yang bercinta yang sanggup tinggalkan ibu bapa… kasih sayang ibu bapa yang bertahun2 habis begitu sahaja dek kerana cinta si dia yang tak sampai berapa ketika.. tapi itulah cinta..kadang2 membuatkan kita dah tak nampak jasa mak dan ayah…


5. dah tak nampak kawan2…
kadang2 bila kita bercinta, ia membuatkan kita dah tak nampak kawan2.. semuanya akan ikut kata si dia.. kalau si dia kata tak boleh keluar dengan kawan2, kita pon dok turut je lah…taat tanda sayang.. tapi taat yang tak bertempat…tapi, sebenarnya, kawan2 lah yang dok kita cari bila gaduh dengan si dia…si kawan lah yang dok dengar tangis kita bila kita bergaduh…tapi kita tetap sayang si dia dari si kawan kan…


6. dah tak nampak apa erti pokai @ membazir…
kalau dok bercinta, kadang2 kita sendiri dah tak nampak yang kita dok membazir yang bukan2 untuk si kekasih.. untuk si kekasih kita sanggup belikan phone.. tapi untuk mak @ ayah yang penat lelah besarkan kita, ada kita belikan mereka telephone? silap2, baju sehelai pon kita tak terbeli untuk mereka…kadang2, demi kekasih, tatkalau kita tak ada duit pon kita sanggup pinjam duit @ berhutang dengan kawan2 semata2 nak belikan hadiah birthday untuk si dia..


7. kita dah tak nampak cinta Allah yang jauh lebih manis berbanding cinta si dia…
bila dah sayangkan dia, kadang2 kita dah tak ingat akan cinta ALLAH yang jauh lebih manis dari cinta dia.. kita dah lupa akan cinta ALLAH yang tiada akhirnya berbanding cinta si dia yang entah bila akan akhirnya…kita sanggup bergayut dengan dia berjam2 sampai dok panas telinga sedangkan dengan Allah berdoa 10minit pon tak sampai… betapa kita sayangkan dia dari Allah bila kita bercinta…kalau dia merajuk, cepat2 kita pujuk.. tapi dengan Allah, kita wat endah tak endah jer…


kesimpulannya:
memandangkan cinta itu buta, maka carilah cinta yang berhak sebagai contoh cinta kita kepada Allah…kalau kita buta dalam cinta Allah pon, sudah pasti kita tidak akan sesat kerana sentiasa dalam hidayah dan taufiq-Nya… ya Allah, janganlah Engkau lekakan aku dalam cinta manusia, tetapi hanyutkanlah aku dalam cinta suciku kepadaMu,amin…

from me.....


Sunday, September 18, 2011

Jatuh cinta lagi???

Entry aku kali ni aku nk bg tau yang aku dh jatuh cinta sekali lagi....mesti korang tertanya-tanya dengan sape aku jatuh cinta kan?? Die x de la hemsem mane pn tapi die la laki yang telah membuka pintu hati aku menerima laki dalam hidup aku selepas DIA tinggalkan aku....Tapi die terlalu muda untuk aku tau...Serius muka die comel n buat semua orang nak je cium die tau...

Rindu gila la dengan die....x dapat nak cium pipi die yang gebu n solid itu..haahahahhaha..
Adam,,,,Anis rndu kt Adam la...pasni Adam nk pindah joh n tinggalkan Anis....korang nk tau spe ni...

tgk la pic kat bawah ni

------------>

Hakikat Cinta Seorang Pencinta

Setelah sekian lama aku tidak mengupdate blog aku,,terasa kekok je la hendak wt entry apa la..
tp ms aku baca ada entry ni terasa mcm nk masuk je dalam blok aku...yela ble dah bercinta ni macam-macam la kuar dr kepala ni...korang baca la entry ni okeh!!




Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan.  Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa.  Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan. 
Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya.  Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya.  Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya.  Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.
Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya.  Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya.  Berkahwinlah keranaNya,  mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya.  Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah.  Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia.  Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata. 
“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,
Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
Akar yang kukuh juga bisa rapuh,
Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,
Manakan buah hendak masak memerah”
Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak.  Buahnya meranum namun rasanya pahit.  Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari
Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa.  Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu.  Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya.  Sungguh rapuh. 
Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok  tiada suara.  Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu.  Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti. 
Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai.  Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta.  Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara. 
Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia.  Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya.  Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya.  Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim.  Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.
“ Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi ) 
Saudaraku tersayang,
Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya.  Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa.  Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir.  Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.
Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
Amin.

Seandainya dia bukan milikku lagi...


Ya allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untukknya….


Aku tak sanggup menangung derita mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..


Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutup kan perasaan cintaku ini untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidup ku ya Allah…


Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku bersamanya….
Kehilanganya memang sukar ku terima….


Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujian mu ini ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya lah padamu Ya allah….


Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya ya Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi miliku…


Aku telah merelakan dia pergi ya allah…
Aku terima dengan pilihanya ya allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…


Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….


Ya allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam  kesedihan cinta ini ya allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padamu ya allah..
amin2…ya rabbal al amin….